Sunday, October 3, 2010

Penang National Park Trip 20 Nov 2011 Sunday 8am-5pm






Previous Penang National Park Trip was on 9 Oct 2010 8am-5pm

The list of students is as follows

Link to Penang National Park
http://wildlife.gov.my/tnpp/gallery_bi.htm

Thursday, August 19, 2010

Things you can do to stop global warming

Click the link below to see what you can do:

http://www.stopglobalwarming.org/

Soalan 2 & Contoh Jawapan

SOALAN 2: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KITARAN HIDROLOGI

(i) Huraikan konsep “Kitaran Hidrologi” dengan membincangkan kitaran air melalui perubahan 3 fasa cecair, wap & pepejal) dengan satu gambarajah sesuai.

(ii) Bincangkan Faktor-Faktor yang mempengaruhi kitaran hidrologi berikut:
(1) IKLIM – Suhu, Tekanan, Kerpasan, Angin, dll akan mempengaruhi Kadar Sejatan
(2) BADAN AIR – Semakin luas sesuatu badan air, semakin pesat kitaran
(3) TUMBUHAN – Akan mempengaruhi Perpeluhan
(4) CERUN & ASPEK – Cerun hadap matahari lebih panas dari cerun terlindung, Cerun menerima hujan lebih lembap dari cerun lindungan hujan – Sejatpeluhan
(5) AWAN, KABUT & KABUS – Mempengaruhi kitaran hidrologi
(6) SUNGAI – Aliran permukaan mempengaruhi Kitaran Air
(7) AIR BAWAH TANAH – Merupakan simpanan air, akuifer dll
(8) MANUSIA – Penekstraktan air, empangan, pengairan, pempaipan air, pertanian, dll.

Contoh Soalan & Contoh Jawapan

CONTOH SOALAN 1. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI TABURAN BAHANGAN SURIA DI PERMUKAAN BUMI.

CONTOH JAWAPAN: Faktor-Faktor Utama ialah:
FAKTOR-FAKTOR ANGKASA
FAKTOR-FAKTOR ATMOSFERA
FAKTOR-FAKTOR PERMUKAAN BUMI

(I) FAKTOR-FAKTOR ANGKASA
Jarak & Aktiviti Matahari (Tompok-Tompok)
Orbit Bumi
Orbit Planet-Planet Lain
Impak Meteorit

(II) FAKTOR-FAKTOR ATMOSFERA
Awan (Serakan, Pantulan & Serapan)
Tahap Pencemaran Udara

(III) FAKTOR-FAKTOR BUMI
Putaran Bumi, Siang & Malam, & Kemusiman
Garislintang
Aspek/Orientasi Cerun
Sudut Tuju Sinaran Matahari & konsentrasi bahangan
Kecerahan/Kegelapan Permukaan Bumi - Albedo

Final Exam 2010/2011 Semester 1 Format


http://www.pewclimate.org/blog/gulledgej/climate-risks-lessons-from-2010%E2%80%99s-extreme-weather

Global warming and resulting Climate change has caused Russia to be without rain leading to drought. The rain, which was supposed to fall in Russia, ended up in north Pakistan. This led to massive flooding in Pakistan. Got to this link to read more .............

http://www.pewclimate.org/blog/

Monday, July 19, 2010

Senarai Tajuk Esei Sidang 2010-2011 Semester 1

Esei-Esei Sidang 2010-2011 Semester 1 telah dipamirkan di depan bilik Prof Dr Chan Ngai Weng (Bangunan C11 Bilik114). Sila datang untuk mendaftar. Seprang pelajar wajib mendaftar untuk 1 topik sahaja.

Tuesday, January 26, 2010

PROF CHAN TIBA PUNCAK GUNUNG KINABALU KALI KETIGA!

Prof Chan Ngai Weng (Kali Ketiga) & Isteri Fun (Kali Kedua) tiba di puncak Gunung Kinabalu, 4095.2 meter.
Pasukan Universiti Sains Malaysia, Universiti APEX, tiba di puncak Gunung Kinabalu.
SOAL PENTING: Ketinggian 4095.2 meter mempunyai pengaruh kuat terhadap vegetasi dan iklim. Pelajar-pelajar perlu fikirkan apakah pengaruh tersebut.

2009-2010 SEM 2 UJIAN 5%


Sunday, January 17, 2010

HGF227 Kajian Luar Sidang 2009/2010 Sem 2

Sg Air Terjun dipenuhi oleh hidupan akuatik yang menggambarkan kualiti air yang baik.
Selepas kerja kuat menilai kualiti air sungai, pelajar makan "nasi lemak" puas-puas!

Alexa dan Arthur sibuk mengenalpasti serangga akuatik!
Kumpulan yang menguji oksigen terlarut dalam air.
Kumpulan yang mengukur pH air.
Kumpulan yang mengukur kekeruhan air (Turbiditi air).
Alexa Chan - salah seorang peserta yang cukup enjoy kajian luar ini.
Kumpulan pelajar berfokus kepada huraian fasilitator.

HGF227 Kajian Luar Sidang 2009/2010 Sem 2

Pada 17 Jan 2010, kumpulan pelajar HGF227 telah dibawa ke Taman Botani Pulau Pinang untuk menjalankan kajian luar. Kajian luar ini mempamirkan tutorial yang diadakan di hutan dan perbincangan berfokus kepada kaitan rapat antara atmosfera (unsur iklim) dengan biosfera (hutan) dan hidrosfera (sungai). Atmosfera mempengaruhi hutan dalam cara-cara berikut: (i) suhu akan menentukan jenis tumbuhan, suhu tanih, tindakbalas kimia, luluhawa dll; (ii) hujan diperlukan oleh hutan; (iii) hujan asid memusnahkan tumbuah; (iv) lembapan diperlukan oleh hutan; sinaran matahari (cahaya nampak) diperlukan dalam fotosintesis tetapi sinaran lampau ungu memcacatkan tumbuhan; (v) hujan airbatu memusnahkan tumbuhan; (vi) awan menyederhanakan suhu yang kemudian mempengaruhi tumbuhan; (vii) kilat menyalakan kebakaran hutan; (viii) gas-gas atmosfera mempengaruhi tumbuhan (CO2 diperlukan dalam fotosintesis); (ix) Angin mempengaruhi pendebungaan, tetapi angin kencang mencacatkan tumbuhan; dll
Hutan pula mempengaruhi iklim dalam cara-cara berikut: (i) Hutan menyederhanakan suhu - lazimnya suhu hutan adalah beberapa darjah Celcius rendah berbanding dengan suhu bandar; (ii) Hutan mengeluarkan lembapan melalui transpirasi dan hal ini menyumbang lembapan kepada atmosfera; (iii) Hutan menghalang sinaran mataharo menembusi kanopi; (iv) Hutan mengawal kandungan CO2 dalam atmosfera dalam fotosintesis; (v) Hutan menghasilkan Oksigen yang diperlukan oileh hidupan (temasuk manusia) melalu fotosintesis; (vi) Hutan pula menyumbang kepada penmcemaran udara apabila kebatakan hutan berlaku, termasuk jerebu; (vii) Hutan mengurangkan jumlah hujan yang tiba di permukaan bumi melalui pintasan kanopi; (viii) Hutan menyumbang kepada kejadian kabus (fenomena yang dikenali sebagai "Hutan Awan" [Cloud Forest]) dengan menyumbang kelembapan kepada atmosfera dan suhu yang rendah; dll
Pelajar-pelajar juga harus fikirkan bagaimana iklim, hutan dan hidrologi mempengaruhi manusia & juga bagaimana tindakan manusia mempengaruhi iklim, hutan dan sungai.