Sg Air Terjun dipenuhi oleh hidupan akuatik yang menggambarkan kualiti air yang baik.
Selepas kerja kuat menilai kualiti air sungai, pelajar makan "nasi lemak" puas-puas!
Alexa dan Arthur sibuk mengenalpasti serangga akuatik!
Kumpulan yang menguji oksigen terlarut dalam air.
Kumpulan yang mengukur pH air.
Kumpulan yang mengukur kekeruhan air (Turbiditi air).
Alexa Chan - salah seorang peserta yang cukup enjoy kajian luar ini.
Kumpulan pelajar berfokus kepada huraian fasilitator.
HGF227 Kajian Luar Sidang 2009/2010 Sem 2
Pada 17 Jan 2010, kumpulan pelajar HGF227 telah dibawa ke Taman Botani Pulau Pinang untuk menjalankan kajian luar. Kajian luar ini mempamirkan tutorial yang diadakan di hutan dan perbincangan berfokus kepada kaitan rapat antara atmosfera (unsur iklim) dengan biosfera (hutan) dan hidrosfera (sungai). Atmosfera mempengaruhi hutan dalam cara-cara berikut: (i) suhu akan menentukan jenis tumbuhan, suhu tanih, tindakbalas kimia, luluhawa dll; (ii) hujan diperlukan oleh hutan; (iii) hujan asid memusnahkan tumbuah; (iv) lembapan diperlukan oleh hutan; sinaran matahari (cahaya nampak) diperlukan dalam fotosintesis tetapi sinaran lampau ungu memcacatkan tumbuhan; (v) hujan airbatu memusnahkan tumbuhan; (vi) awan menyederhanakan suhu yang kemudian mempengaruhi tumbuhan; (vii) kilat menyalakan kebakaran hutan; (viii) gas-gas atmosfera mempengaruhi tumbuhan (CO2 diperlukan dalam fotosintesis); (ix) Angin mempengaruhi pendebungaan, tetapi angin kencang mencacatkan tumbuhan; dll
Hutan pula mempengaruhi iklim dalam cara-cara berikut: (i) Hutan menyederhanakan suhu - lazimnya suhu hutan adalah beberapa darjah Celcius rendah berbanding dengan suhu bandar; (ii) Hutan mengeluarkan lembapan melalui transpirasi dan hal ini menyumbang lembapan kepada atmosfera; (iii) Hutan menghalang sinaran mataharo menembusi kanopi; (iv) Hutan mengawal kandungan CO2 dalam atmosfera dalam fotosintesis; (v) Hutan menghasilkan Oksigen yang diperlukan oileh hidupan (temasuk manusia) melalu fotosintesis; (vi) Hutan pula menyumbang kepada penmcemaran udara apabila kebatakan hutan berlaku, termasuk jerebu; (vii) Hutan mengurangkan jumlah hujan yang tiba di permukaan bumi melalui pintasan kanopi; (viii) Hutan menyumbang kepada kejadian kabus (fenomena yang dikenali sebagai "Hutan Awan" [Cloud Forest]) dengan menyumbang kelembapan kepada atmosfera dan suhu yang rendah; dll
Pelajar-pelajar juga harus fikirkan bagaimana iklim, hutan dan hidrologi mempengaruhi manusia & juga bagaimana tindakan manusia mempengaruhi iklim, hutan dan sungai.