1. Bincangkan perubahan tenaga di dalam sistem bumi-atmosfera.
Contoh Jawapan Ringkas: Tenaga bahangan matahari berupaya berubah menjadi tenaga haba rasa (yang boleh diukur dengan jangka suhu), kepada tenaga haba pendam (haba rasa yang terkandung dalam wap apabila suhu mencapai 100 o C). Haba rasa juga berupaya berubah menjadi Tenaga Potensi jika terbentuk Awan, Suhu yang berbeza (Haba rasa) akan menghasilkan Tekanan berlainan, di mana tekanan tinggi jadi akibat udara sejuk tenggelam; tekanan rendah jadi akibat suhu panas yang menaikan udara ringan itu. Oleh itu, udara akan mengalir dari tekanan tinggi ke rendah, lalu menghasilkan Angin, iaitu satu jenis Tenaga Kinetik. Dalam Awan, ada cas positif & negatif yang bertembung lalu menghasilkan Kilat, sejenis Tenaga Elektrik & Guruh, sejenis Tenaga Bunyi. Tenaga Bahangan juga diserap oleh daun tumbuhan dalam fotosintesis and berubah menjadi tenaga Kimia.
2. Bincangkan bagaimana haba dipindah di dalam sistem bumi-atmosfera.
(a) Dipindah oleh angin panas and angin sejuk dalam atmosfera oleh wap air & jisim udara; hujan - wap air mengandungi haba pendam. Hujan mengandungi tenaga kinetik. Dipindah oleh awan yang mengandungi tenaga elektrik, potensi & bunyi.
(b) Dipindah oleh arus sejuk dan arus panas dalam lautan/hidrosfera.
(c) Dipindah oleh konduksi (Conduction) oleh arus dalam bumi.
3. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah insolasi yang diterima di permukaan bumi.
(a) Faktor-faktor Angkasa (Memerlukan perbincangan dan contoh)
(b) Faktor -faktor Atmosfera (Memerlukan perbincangan dan contoh)
(c) Faktor-faktor Bumi (Memerlukan perbincangan dan contoh).