Bagi saya, sebab utama manusia perlu kaji iklim secara terperinci ialah bahawa iklim amat berpengaruh terhadap segala aktiviti dan kehidupan manusia. Tamadun manusia telah muncul apabila iklim baik tetapi runtuh jika berlakunya bencana iklim (kemarau). Tidak kira apa saje yang dilakukan oleh manusia, sudah pasti ianya akn dipengaruhi oleh iklim - pekerjaan, kehidupan harian, pelancongan, pertanian, penerbangan, perkapalan, pengangkutan, pembalakan, pencemaran udara, dan lain-lain. Malah, menang atau kalah dalam sukan juga sering dipengaruhi oleh iklim dan cuaca - misalnya pasukan bola sepak di negara khatulistiwa/monsun yang sering berlatih dalam hujan lebat akan mudah mengalahkan pasukan dari negara beriklim gurun yang tidak pernah bermain bola sepak semasa hujan lebat! Begitu juga dalam peperangan - misalnya Kublai Khan cuba dua kali menyerang Jepun dengan tentera laut paling besar di dunia. Sudaj pasti Jepun akan dikalahkan jika tentera Kublai mendarat di Jepun. Tapi, iklim dan cuaca telah membantu tentera Jepun sebab pada kedua-dua kali Kublai menyerang, berlakunya ribut taufan yang teruk, yang memusnahkan kapal-kapal tentera Kublai.
Apakah pandangan saudara-saudari?
Tuesday, July 10, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Bagi saya, iklim amat penting mempengaruhi pekerjaan saya sebagai nelayan. Setiap malam saya perlu mendapat ramalan cuaca untuk hari esok kerana kerja saya ialah nelayan berskala kecil. Saya cuma mempunyai sampan kecil. Jika cuaca buruk, saya tidak akan keluar ke laut sebab merbahaya. Oleh itu, iklim dan cuaca menentukan pendapatan saya. Pada bulan-bulan musim monsun timur-laut, saya terpaksa berhenti kerja dan cari kerja sambilan lain. Begitulah sukarnya kehidupan saya yang dipengaruhi oleh iklim dan cuaca (Pak Ali...Kuala Besut)
Saya Asmah. Secara kebetulan, saya ada penyakit asthma. Oleh itu, apabila cuaca buruk dengan jerebu, aku susah bernafas. Aku terpaksa kurung diri dalam bilik air-con. Tak boleh keluar bersukan atau shopping (kegemaran aku)! Teruknya cuaca mmempengaruhi aku. masa berlaku pencemaran udara teruk juga akan menyeksa aku! (Asmah)
Post a Comment