Saturday, July 25, 2009

HGF227 Topik Tutorial 2

2(a) Bincangkan bagaimana Bahangan Suria berupaya berubah-ubah dalam berbagai bentuk tenaga.
Jawapan: e.g. Bahangan Suria diserap oleh air yang menjadi panas – hal ini menyebabkan Tenaga Suria berubah menjadi Tenaga Haba Rasa; Apabila tenaga haba rasa tersejat ke dalam wap, ia akan berubah menjadi tenaga haba pendam; Apabila tenaga suria diserap oleh tumbuhan dalam fotosintesis, ia akan berubah menjadi tenaga kimia; ada banyak contoh lagi – cuba bincangkan semua contoh-contoh itu dalam tutorial.

(b) Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan penyerapan tenaga suria berbeza-beza di merata tempat di dunia.
Jawapan: (1) Faktor-faktor angkasa – (i) Intensiti aktiviti matahari (e.g. tompok matahari); (ii) Gerhana; (iii) Orbit Bumi; (iv) Komet & asteroid bertembung dengan bumi; (2) Faktor-faktor atmosfera – (i) awan; (ii) tahap pencemaran udara (3) faktor-faktor bumi – (i) albedo; (ii) garislintang; (iii) kebujuran bumi; (iv) aspek atau orientasi cerun; (v) laut atau daratan; (v) sifat permukaan yang diubah oleh manusia (e.g. tebang hutan dan gantikannya dengan Bandar)
(c) Walaupun zun-zun garislintang berbeza menerima jumlah taburan bahangan suria yang berbeza-beza (ada zun-zun positif dikenali sebagai "Sumber haba" dan ada zun-zun negatif dikenali sebagai "Benaman Haba"), kenapa zun-zun tersebut tidak menjadi terlapau panas atau terlampau sejuk?
Jawapan: ini disebabkan ada daya-daya pemindahan haba (angin panas, arus panas, perolakan haba, etc) dari kawasan sumber ke dalam kawasan benaman & ada daya-daya penyejukan dari kawasan benaman masuk ke kawasan sumber (e.g. angin sejuk, arus sejuk, etc)


No comments: