Sunday, November 3, 2013

TUTORIAL MINGGU MULAI 11 NOVEMBER 2013

SOALAN-SOALAN TUTORIAL KULIAH 12 (PENCEMARAN UDARA)
(1) Berikan definisi yang sesuai untuk Pencemaran Udara.
(2) Kelaskan sumber-sumber bahan-bahan pencemaran udara. Adakah pencemaran udara merbahaya? Huraikan cara-cara sesuai untuk mengawalnya pencemaran udara di peringkat antarabangsa, nasional, tempatan dan individu.
(3) Asbut Fotokimia merupakan fenomena pencemaran udara  yang merbahaya. Kenapa? Huraikan pembentukan fenomena ini dan bincangkan cara-cara berkesan untuk mengawalnya?

(4) Kajian paleoklimatologi (kajian iklim purba) membuktikan bahawa pencemaran udara telah lama berlaku sejak bumi dibina. Kenapa pula fenomena tersebut dikatakan bertambah serius pada hari ini?  
(5) Apakah yang dimaksudkan dengan istilahJerebu”? Apakah sumber-sumber jerebu dan apakah pula cara-cara menanganinya?
(6) Bincangkan bagaimana unsur-unsur berupaya meningkatkan dan juga mengurangkan fenomena pencemaran udara.
(7) Bandaraya Kuala Lumpur dikatakan mempunyai potensi pencemaran udara yang lebih tinggi daripada Georgetown. Kenapa?
(8) Apakah yang difahamkan dengan fenomenaSongsangan Suhu”? Bincangkan bagaimana fenomena ini dapat mempengaruhi cuaca dan masyarakat manusia.
(9) Bincangkan secara terperinci bagaimana: (A) anda (sebagai seorang pencinta alam) dapat menyumbang kepada usaha mengawal pencemaran udara; (B) Nasional & (C) Global.  

No comments: